APA YANG ANDA TAHU TENTANG
BULAN-BULAN DALAM ISLAM
Sejarah Taqwim Hijrah :
Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
MAKSUD BULAN :
1. Muharram : Ertinya yang diharamkan.Diharamkan bermusuhan atau berperang.
2. Safar : Ertinya kosong. Orang-orang arab dizaman jahiliyyah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.
3. Rabi’ul Awwa; : Ertinya Musim bunga yang pertama.Pokok-pokok mula berbunga.
4. Rabi’ul Akhir : Ertinya musim bunga yang terakhir,peringkat akhir pokok-pokok berbunga
5. Jamadil Awwal : Ertinya Permulaan musim sejuk.
6. Jamadil akhir : Ertinya musim sejuk yang terakhir, salji-salji masih kelihatan.
7. Rejab : Ertinya kebesaran,bulan yang dimuliakan oleh masyarakat jahiliah.
8. Sya’aban : Ertinya Bercerai orang-orang arab zaman jahiliah meninggalkan kampung untuk mencari sara hidup samada bertani atau berdagang ke luar negeri.
9. Ramadhan : Ertinya Panas terik
10. Syawal : Ertinya : Mencawat ekor,unta betina mencari pasangan.
11. Zulqaedah : Ertinya tempat duduk. Semua orang duduk berehat dirumah masing-masing.
12. Zulhijjah : Ertinya bulan haji. Penduduk-penduduk disemenanjung arab berkunjung ke kaabah di makkah untuk mengerjakan ibadah haji mengikut kepercayaan masing-masing.
Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat arab sebelum daripada islam.Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa yang berlaku.Apabila islam muncul maka nama-nama itu diterima pakai.
PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERSEJARAH
1) Muharram: Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husin bin Ali (cucu Nabi SAW).
2) Safar: -Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur sebelum berhijrah ke Madinah.
-Nabi SAW gering pada akhir bulan
3) Rabi’ul Awwal: Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasulullah, berhijrah ke Madinah dan Wafat.
4) Rejab: Peristiwa Isra’ dan Mikraj dan sembahyang fardhu disyariatkan
5) Syaaban: Kiblat diubah daripada masjidil Aqsa di Palestin ke Ka’abah di Makkah.
6) Ramadhan: -Turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi SAW.
- Berlakunya perang badar iaitu perang yang pertama dalam sejarah islam.
-Penaklukan Kota Makkah oleh Ummat islam.
7) Syawal: -Berlakunya perang Uhud
- Hamzah bin Abdul Muttalib syahid di medan Uhud.
8) Zulhijjah: Nabi Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terkenal dengan nama Hujjatul Wada’ ertinya Haji selamat Tinggal.
Disediakan Oleh :
Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam
Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang
Saturday, January 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)